PELUANG EKSKLUSIF : SERTAI PROGRAM SEJATI MADANI!
Kami berbesar hati mengumumkan pembukaan permohonan minat awal untuk Geran SejaTi MADANI sehingga RM100,000! Ini adalah peluang keemasan untuk komuniti anda menggerakkan projek impak tinggi yang akan membawa manfaat besar dan lestari.
Kami mencari komuniti yang mempunyai visi, komitmen, dan keupayaan untuk melaksana serta menguruskan projek transformatif. Borang ini direka untuk mengenal pasti potensi terbaik yang selaras dengan aspirasi Program SejaTi MADANI.
SEBELUM ANDA MENGISI BORANG, SILA BACA SOALAN LAZIM INI :
Untuk memastikan permohonan anda berjalan lancar dan anda mempunyai pemahaman yang jelas tentang Program SejaTi MADANI serta proses permohonan geran, kami menggalakkan anda untuk membaca Soalan Lazim (FAQ) kami terlebih dahulu.
FAQ kami merangkumi maklumat penting mengenai:
- Kelayakan permohonan
- Jenis-jenis projek yang disokong
- Proses pemilihan
- Keperluan pendaftaran ROS dan akaun bank
- Dan banyak lagi!
Membaca FAQ akan membantu anda mengisi borang dengan lebih tepat dan menjawab persoalan umum yang mungkin anda ada. Ini juga akan mempercepatkan proses semakan permohonan anda.
Apakah Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi MADANI)?
|
Program ini merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian Dana sehingga RM100 ribu kepada komuniti yang layak.
|
Adakah Program SejaTi MADANI merupakan satu program bantuan kerajaan?
|
Ya, Program ini bertujuan untuk mengupayakan komuniti melalui aktiviti peningkatan sosioekonomi.
|
Berapakah jumlah geran yang bakal dinikmati oleh komuniti dalam Program SejaTi MADANI?
|
Hanya satu (1) permohonan akan dipertimbangkan bagi setiap komuniti dengan jumlah geran di antara RM50 ribu hingga RM100 ribu. |
Bilakah permohonan Program SejaTi MADANI boleh dibuat?
|
Permohonan SejaTi MADANI telah dibuka bermula 25 Mac 2024 sehingga 30 September 2024.
Program SejaTi MADANI kini diteruskan pada tahun 2025 dengan jenama Ikhtiar Sejati MADANI seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025. |
Siapakah yang dimaksudkan dengan kumpulan komuniti di dalam Program SejaTi MADANI?
|
|
Apakah syarat-syarat untuk membuat permohonan Program SejaTi MADANI?
|
Program yang dipohon hendaklah program / aktiviti yang dapat meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat dalam lima sektor utama serta bersifat quick win iaitu aktiviti yang membuahkan hasil dalam tempoh yang singkat di antara tiga (3) hingga enam (6) bulan. Lima sektor utama tersebut ialah;
|
Apakah kategori permohonan yang ada?
|
Kategori permohonan terbahagi kepada tiga (3) iaitu :
|
Adakah Program SejaTi MADANI ini terbuka untuk permohonan individu? |
Tidak. Geran Program SejaTi MADANI ini TIDAK terbuka untuk permohonan individu. Geran ini secara eksklusif bertujuan untuk menyokong komuniti perumahan berdaftar yang mempunyai matlamat dan aktiviti untuk memberi manfaat kepada ahli komuniti yang lebih luas. Konsep utama program ini adalah pembangunan komuniti secara kolektif, bukan inisiatif individu. |
Apakah dokumen atau keperluan asas yang perlu dimiliki oleh komuniti sebelum memohon Program SejaTi MADANI?
|
Sebelum memohon Geran Komuniti Sejati Madani, komuniti/organisasi anda wajib mempunyai yang berikut:
|
Adakah bantuan dari pihak Toclan Asia merangkumi semua sektor di dalam Program SejaTi MADANI?
|
Tidak. Kepakaran pihak Toclan Asia hanyalah terhad kepada projek-projek tertentu mengikut kapasiti pihak kami. Jika anda mempunyai sebarang projek yang tidak dalam senarai yang kami sediakan, perbincangan lanjut boleh dijalankan untuk mengenal-pasti potensi projek dan kesesuaian dari kedua-dua pihak sebelum meneruskan permohonan. |
Jika komuniti saya berminat untuk membuat permohonan Program SejaTi MADANI, apakah jenis bantuan yang pihak Toclan Asia bakal sediakan?
|
Anda perlu membuat permohonan ID Sistem terlebih dahulu melalui laman sesawang SejaTi MADANI dan muatnaik dokumen yang telah ditetapkan. Setelah berjaya, pihak Toclan Asia akan membantu anda dalam :
|
Adakah pihak Toclan Asia akan mengenakan sebarang caj / fi untuk bantuan permohonan Program SejaTi MADANI?
|
Permohonan dana SejaTi MADANI adalah PERCUMA dan TERBUKA kepada komuniti yang layak seperti yang tertera di laman sesawang rasmi SejaTi MADANI.
Sebarang Caj / Fi akan dikenakan sepanjang tempoh permohonan geran SejaTi MADANI adalah bergantung kepada keperluan pihak komuniti seperti pendaftaran ROS dan lawatan tapak projek. Perbincangan lanjut akan dijalankan dan perlu mendapat persetujuan kedua-dua pihak sebelum permohonan dibuat. |
Bagaimanakah saya boleh membuat permohonan Program SejaTi MADANI?
|
Permohonan ID boleh dibuat secara atas talian melalui sistem MySejaTi MADANI.
|
Bagaimanakah saya dapat menyemak status kelulusan permohonan?
|
Keputusan daripada Jawatankuasa Pemilihan dan Kelulusan (JPK) akan dimaklumkan melalui emel yang didaftarkan oleh pemohon dan dihantar bersama-sama Surat Setuju Terima (SST) dan Surat AkuJanji (SAJ).
|
Bagaimanakah saya boleh mendapat maklumat lanjut mengenai Program SejaTi MADANI?
|
Sila rujuk SOALAN LAZIM melalui laman sesawang rasmi Program SejaTi MADANI di https://sejatimadani.icu.gov.my
Anda juga boleh menghubungi pegawai bertugas di :
Sekretariat SejaTi MADANI,
Tel: 03-8872 3888/ 6430 / 6406 / 6401
|
Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi pihak Toclan Asia mengenai Program SejaTi MADANI?
|
Anda boleh hubungi pihak Toclan Asia melalui Telefon / Whatsapp : +6012-303 6896 atau emel ke [email protected]
|
SUDAH SELESAI MEMBACA? KINI MASA UNTUK BERTINDAK!
Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk membaca dan memahami maklumat penting mengenai Program Sejati Madani serta Soalan Lazim kami.
Kami menghargai kesungguhan anda. Jika anda merasakan komuniti anda bersedia untuk mengorak langkah dan memenuhi kriteria yang ditetapkan, sila teruskan dengan mengisi Borang Permohonan Minat Awal kami.
KLIK SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN MINAT AWAL GERAN SEJATI MADANI