Apakah Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi MADANI)?
Program ini merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian Dana sehingga RM100 ribu kepada komuniti yang layak.
Adakah Program SejaTi MADANI merupakan satu program bantuan kerajaan?
Ya, Program ini bertujuan untuk mengupayakan komuniti melalui aktiviti peningkatan sosioekonomi.
Bilakah permohonan Program SejaTi MADANI boleh dibuat?
Permohonan SejaTi MADANI telah dibuka bermula 25 Mac 2024 sehingga 30 September 2024.
Siapakah yang dimaksudkan dengan kumpulan komuniti di dalam Program SejaTi MADANI?
  • Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/ Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
  • Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)
  • Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK)
  • Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) FELDA
  • Persatuan Penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan status pendaftaran yang masih aktif
  • Komuniti Rumah Panjang
  • Komuniti Kampung Orang Asli
  • Komuniti Kampung yang mendapat pengesahan daripada Pejabat Daerah/ Pejabat Residen atau Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) atau agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) negeri atau Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN)
  • Badan Pengurusan Bersama (JMB) & Perbadanan Pengurusan Bersama (JMC)
  • Persatuan Penduduk di Program Perumahan Rakyat (PPR).
Apakah syarat-syarat untuk membuat permohonan Program SejaTi MADANI?

Program yang dipohon hendaklah program / aktiviti yang dapat meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat dalam lima sektor utama serta bersifat quick win iaitu aktiviti yang membuahkan hasil dalam tempoh yang singkat di antara tiga (3) hingga enam (6) bulan. 

Lima sektor utama tersebut ialah;
  1. Pertanian dan Makanan
  2. Jahitan dan Kraf Tangan
  3. Herba dan Kesihatan
  4. Pelancongan dan Hospitaliti
  5. Aktiviti hijau dan Kitar Semula.
Adakah bantuan dari pihak Toclan Asia merangkumi semua sektor di dalam Program SejaTi MADANI?

Tidak. Kepakaran pihak Toclan Asia hanyalah terhad kepada sektor-sektor seperti berikut; 

  1. Pertanian dan Makanan (Program Penanaman secara Hidroponik)
  2. Herba dan Kesihatan (Program Sistem Pengairan Automatik Taman Herba)
  3. Aktiviti Hijau dan Kitar Semula
Jika komuniti saya berminat untuk membuat permohonan Program SejaTi MADANI, apakah jenis bantuan yang pihak Toclan Asia bakal sediakan?
Anda perlu membuat permohonan ID Sistem terlebih dahulu melalui laman sesawang SejaTi MADANI dan muatnaik dokumen yang telah ditetapkan. Setelah berjaya, pihak Toclan Asia akan membantu anda dalam menyediakan kertas kerja permohonan dan perlaksanaan projek yang bersesuaian jika komuniti anda berjaya mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Pemilihan dan Kelulusan (JPK).
Adakah pihak Toclan Asia akan mengenakan sebarang caj / fi untuk bantuan permohonan Program SejaTi MADANI?
Tidak. Permohonan dana SejaTi MADANI adalah PERCUMA dan TERBUKA kepada komuniti yang layak seperti yang tertera di laman sesawang rasmi SejaTi MADANI. Pihak Toclan Asia tidak mengenakan sebarang caj / fi dalam membantu anda untuk membuat permohonan secara atas talian.
Bagaimanakah saya boleh membuat permohonan Program SejaTi MADANI?
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem MySejaTi MADANI.
Bagaimanakah saya dapat menyemak status kelulusan permohonan?
Keputusan daripada Jawatankuasa Pemilihan dan Kelulusan (JPK) akan dimaklumkan melalui emel yang didaftarkan oleh pemohon dan dihantar bersama-sama Surat Setuju Terima (SST) dan Surat AkuJanji (SAJ).
Bagaimanakah saya boleh mendapat maklumat lanjut mengenai Program SejaTi MADANI?
Sila rujuk SOALAN LAZIM melalui laman sesawang rasmi Program SejaTi MADANI di https://sejatimadani.icu.gov.my

Anda juga boleh menghubungi pegawai bertugas di :

Sekretariat SejaTi MADANI,
Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Aras 2, Blok Timur,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.

Tel: 03-8872 3888/ 6430 / 6406 / 6401
E-mel: [email protected]

Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi pihak Toclan Asia mengenai Program SejaTi MADANI?
Anda boleh hubungi pihak Toclan Asia melalui Telefon / Whatsapp : +6012-303 6896 atau emel ke [email protected]