Daun Menjadi Kuning???

Daun Menjadi Kuning???

Terdapat beberapa faktor daun menjadi kuning.

Terkena Air Baja

  • Daun sayuran berdaun amat sensetif bila terkena air baja kerana air baja bertindak balas dgn matahari dan mengakibatkan daun kehitaman dan mengecut. Semasa menuai, pastikan air baja tidak menitis pada tanaman yang lain. Jangan mudah panik sekiranya daun tanaman anda kekuningan.

Air Baja Telah Tiada Nutrien

  • Setiap tanaman yang melebihi 30 hari perlu dipastikan airnya tidak kering. Oleh itu, air paip perlu ditambah sehingga separuh akar tanaman. Akar tanaman terbahagi kepada 2 bahagian.
    1) Bernafas
    2) Tergelam.
    Semasa menambah air paip, tambah air bancuhan baja AB 5ml : 1 liter untuk mendapatan sukatan yang betul

Cahaya Matahari Yang Terhad

  • Tanaman yang telah membesar melebihi 30 hari tidak boleh dialihkan dari terkena cahaya matahari lebih dari seminggu. Cahaya matahari amat penting dalam menghasilkan 'Klorofil' warna hijau pada daun. Lagi banyak cahaya matahari lagi suburlah ia. Daun yang menutupi daun juga boleh mengakibatkan tanaman tidak menerima cahaya dan menjadi kekuningan.

Akar Tanaman Telah Tua

  • Akar tanaman yang berwarna coklat kehitaman menandakan pokok tidak dapat lagi meneruskan tumbesaran dan selalunya disebabkan oleh tanaman melebihi 90 hari atau bergantung jenis jangka hayat tanaman.

Air Baja Menjadi Panas

  • Takung NFT hidroponik Toclan adalah jenis penebat haba yang akan menghalang pertumbuhan lumut dalam takungan dan menstabilkan suhu air baja yang sentiasa mengalir menjadikan tanaman membesar dengan sempurna. Lumut akan menggangu akar menerima nutrien yang secukupnya dan akan menyebab tanaman mudah diserang penyakit dan kurang sihat.

Terkena Racun Tanaman / Serangga

  • Penggunaan racun serangga memberi tindakbalas pada daun walaupun semburan dari jauh (meracun rumput) melalui sebaran angin.Toclan NFT menyarankan mengunakan bahan organik untuk mengawal dan membasmi tanaman dari serangan penyakit.

Kesimpulannya, kita hanya mampu berusaha menanaman mengikut prosedur penanaman yang betul, namun semuanya bergantung kepada kehendak Allah. "Kun Fa Ya Kun".