Apa Beza Hydroponics Dengan Aquaponics

Apa Beza Hydroponics Dengan Aquaponics

Antara silibus yang dipelajari di sekolah menengah kebangsaan ialah Fertigasi untuk pelajar tingkatan 1 dan Akuaponik untuk pelajar tingkatan 2.

Maka berbondong bondonglah para guru RBT kesana kemari mencari contoh set akuaponik ini untuk dijadikan ABM dalam kelas, tambah tambah guru baru yang mungkin seumur hidup mereka pun tak pernah melihat depan mata set akuaponik ini.

Kami juga antara yang menjadi sasaran para guru guru ini.  Ramai yang menghubungi kami bertanyakan set akuaponik sekiranya kami ada menjualnya. Untuk pengetahuan, produk keluaran kami adalah yang berkaitan dengan Hidroponik. Daripada sekecil kecil set sehinggalah ke besar, semuanya adalah menggunakan teknik Hidroponik.

Hasil perbincangan kami dengan para guru ini, rupanya masih ramai yang kurang jelas apa itu Akuaponik. Nampak simple, tapi sebenarnya tidak ya! Mereka berpendapat, set Hidroponik kami itu, hanya diletakkan ikan di dalam tank, maka ianya sudah di kategorikan sebagai Akuaponik!

Dalam sistem Akuaponik, antara elemen yang penting ialah microbe house, dimana ianya berfungsi sebagai perangkap amonia drp tahi ikan dan di tukarkan kepada nitrate utk menjadi nutrien pula kepada pokok. Jumlah ikan dan jenis ikan yang tertentu juga adalah faktor yang penting dan perlu diambil kira jika anda ingin menjadikan set akuaponik anda berjaya.

Sistem pengairan, penanaman pokok, medium tanaman dan lain lain bagaimana pula? kan dah cakap awal awal tadi, pelbagai aspek teknikal yang perlu di fahami sebelum anda ingin meneyediakan set lengkap Akuaponik! 

Hubungi kami jika anda ingin maklumat lanjut...FOC consultation, mai la kedai kami datang sembang-sembang bertukar informasi dan ilmu pemberian Allah swt ini...

#terusmenghasut

Akuaponik bukan Hidroponik!


Related products