• Socmed  - 1080x1080 (9)
  • shopee template (1080 x 1080 px) (6).png
  • photo1644397546 (1).jpeg
  • photo1644397546.jpeg
1/4

Cuka Kayu Organik Terus Guna

Regular price
RM 9.90
Regular price
RM 0.00
Sale price
RM 9.90

Panduan Keselamatan Cuka Kayu Terus Guna Toclan Asia

  • Baca arahan penggunaan sebelum mengendalikan cuka kayu untuk mengelakkan kecuaian
  • Pakai sarung tangan kerana cuka kayu menghakis dan mengandungi toksik
  • Jangan beri kanak-kanak mengendalikan cuka kayu tanpa pengawasan
  • Cuka Kayu Guna Terus ini sudah siap dibancuh dan boleh terus digunakan kepada tanaman
  • Jangan campur cuka kayu ini dengan racun jenis beralkali kerana racun jadi tidak efektif/tawar
  • Tidak boleh digunakan untuk makan minum manusia atau haiwan
  • Elakkan semburan cuka kayu pada peringkat berbunga supaya tidak mengganggu agen pendebungaan
  • Jika hujan turun dalam 12 jam selepas semburan, sila ulangi semburan
  • Sembur 45 minit selepas menyiram untuk mengelakkan daun terbakar
  • Pakai penapis gas muka supaya tidak terhidu gas methana yang terbebas.
  • Jika mata terasa kering, segera basuh dengan air mengalir dan berjumpa doktor



Panduan 1: Keterangan & Panduan Penggunaan Cuka Kayu

Kandungan Cuka Kayu

✅ asid asetik
✅ acetone
✅ furan: anti siput, anti kulat
✅ methanol
Bahan2 ini menyumbang kepada pelbagai fungsi seperti baja, pestisid, herbisid, pemulih tanah.

✅ Baja Organik
 Asid asetik yang menyerupai auksin merupakan hormon pertumbuhan akar dan pucuk. Selain bagus sebagai baja, ia boleh digunakan sebagai racun rumpai. Jika terlalu banyak auksin, rumpai membesar terlampau cepat dan mati

✅ Pemulih Tanah
Cuka kayu boleh menggalakkan mikrob baik seperti basilus membiak. Ia menggalakkan kesihatan akar dan perlindungan daripada serangan kulat dan virus.

Cuka kayu juga meleraikan mineral lock disebabkan oleh tanah masam. Ia menghapuskan nematod,  kulat hijau-kuning-oren dan patogen

Selain itu, ia membantu melembapkan tanah dan memegang air

✅ Booster Racun dan Baja
Oleh kerana sifat aseton sebagai pelarut, ia boleh bercampur dengan baja foliar kimia dan racun. Cuka kayu menjadikan baja dan racun 50% lebih berkesan.

Ia menjadi pelekat baja dan racun diatas permukaan daun tahan lebih lama. Pelekat membantu baja kekal diatas daun lebih lama dan penyerapan baja lebih baik. Penggunaan baja dan racun akan lebih jimat

✅ Penghapus bau kandang dan steril bongkah cendawan
Cuka kayu tak sesuai dengan fungi, maka anda boleh sembur pada mulut plastik utk mengelakkan pencemaran kulat hijau.

Selain itu ia bertindak menghilangkan bau tinja dan membersihkan kandang dari patogen. Malah anda boleh sembur ternakan, beri minum dengan cuka untuk menyihatkan haiwan.

✅ Racun perosak, pestisid
Pada kepekatan rendah pun cuka kayu dapat menghalang gangguan serangga, mikrob dan kulat tanpa merosakkan daun. Racun organik seperti cuka memerlukan semburan yang lebih kerap, dalam 4-7 hari/kali

Serangga tidak suka kandungan tar dan asid dalam cuka. Ia tidak akan kembali untuk menghabiskan makanannya


Panduan 2: PETUA & PENGGUNAAN CUKA KAYU

1.Semburan
Kaedah utama adalah semburan.

Pokok saiz kecil: pokok bunga, hiasan dalam pasu, sayur, anak pokok
Kekerapan: sekali/minggu

Teknik semburan pokok kecil:
✅ sembur seluruh pokok termasuk daun dan bawah daun, batang, buah
✅ sembur sekali keliling tanah

Pokok dewasa: kayu, pokok bermusim, kontan
Kekerapan: sekali/bulan

Teknik semburan pokok besar:

✅ sembur batang pokok 1 meter dari pangkal
✅ sembur keliling tanah 2 kali
✅ sembur seluruh pokok dan siram jika mampu, disarankan

❌ JANGAN SEMBUR DIRECT PADA BUNGA, GUGUR. TAK JADI BUAH


2. Siram
Siram keliling tanah untuk biak mikrob baik dan memulihkan pH tanah

Siram rata keliling pokok


AMARAN

❌Jangan melebihi sukatan kerana cuka kayu ini sangat asidik, overdose ia membakar pokok
❌ Jangan sembur direct pada bunga, gugur


Penjimatan lebih hebat jika anda membuat pembelian melalui kedai Shopee Toclan Asia.