Tanda-tanda Tanaman Kekurangan Cahaya Matahari dan Cara Penyelesaian

Tanda-tanda Tanaman Kekurangan Cahaya Matahari dan Cara Penyelesaian

Cahaya matahari yang cukup sangat penting untuk pertumbuhan tanaman hidroponik. Pancaran sinar matahari tersebut berfungsi untuk menggerakkan fotosintesis, proses yang digunakan tanaman untuk mensintesis makanan.

Berikut adalah tanda-tanda dimana tanaman hidroponik anda kurang mendapat pendedahan cahaya matahari :

Tanaman Berkaki Panjang (Tauge Syndrome)

  • Kekurangan cahaya yang mencukupi akan menyebabkan batang tahaman meregang secara ekstrim disaat tanaman mencari cahaya dan ini menghasilkan versi tanaman yang kurus.

Tanaman Condong

  • Kebiasaanya tanaman yang tidak mendapat cahaya matahari yang cukup akan cenderung untuk condong ke arah sumber matahari.
  • Tanaman yang dapat cukup cahaya matahari akan tumbuh ke atas dan tumbesaran pokok adalah sekata.

Saiz Daun Yang Tidak Sekata

  • Perubahan ukuran dan warna daun tanaman dapat menandakan kekurangan cahaya mahatari. Untuk tanaman indoor dan outdoor, perhatikan daun yang mengecil atau terlihat pucat. 

Tidak Berbunga

  • Jika tanaman jenis berbuah tidak menghasilkan bunga atau sedikit bunga, kekurangan cahaya matahari juga adalah salah satu faktor yang mempengaruhi tanaman anda.

Untuk menyelesaikan masalah, apa yang anda perlu lakukan adalah :

  • Sebelum anda memulakan tanaman secara hidroponik, pastikan di mana kawasan rumah anda yang boleh dapat cahaya matahari untuk anda letakkan set Hidroponik anda.
  • Pastikan kawasan tersebut mendapat sekurang-kurangnya 3-4 jam cahaya matahari secara menerus.
  • Jika anda telah ada tanaman sedia ada, pindahkan tahaman tersebut ke lokasi yang bersesuaian.
  • Jika anda tinggal dikawasan perumahan flat / aparment / condo, pastikan kawasan balkoni anda dapat menerima cahaya matahari.
  • Solusi terakhir adalah menggunakan "growlight" untuk menggantikan cahaya matahari.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Sekian, terima kasih.


Sumber : 

http://hidroponikuntuksemua.com/

https://news.kompas.com/