Corporate CSR - Laman Agro ANGKASA

Corporate CSR - Laman Agro ANGKASA

1. ANGKASA merupakan antar sektor korporat yang begitu prihatin dan banyak menyumbang kepada pelbagai pihak melalui program program CSR seluruh negara mereka.

2. Tahun ini kami amat bertuah, sekali lagi dipilih untuk menjadi rakan strategik mereka dalam menjalankan program CSR ini.

3. Pada tanggal 3 Ogos 2019, program CSR ANGKASA telah dijalankan di Yayasan Faqeh Nilai (Yayasan Pendidikan Al-Quran bagi Anak Istimewa). Sebuah laman agro COOP Care ANGKASA telah dibina dengan menggunakan produk Toclan Asia.

4. Laman Agro ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan ilmu kepada kanak kanak istimewa ini untuk bercucuk tanam menggunakan kaedah NFT Hidroponik dimana ianya lebih selamat, mudah dan praktikal. Kanak kanak istimewa ini juga di latih untuk bertanggungjawab terhadap tanaman mereka.

5. Kami berharap agar inisiatif mulia pihak ANGKASA ini akan menjadi ikutan kepada lebih banyak sektor korporat diluar sana untuk menjalankan program CSR mereka bersama sama anak anak istimewa ini. 

6. Untuk set NFT Hidroponik di Laman Agro, kami menggunakan set TLR40 dimana set berbumbung ini lebih sesuai untuk diletakkan di ruang terbuka.

Anda berminat untuk dapatkan set ini untuk kediaman anda? Klik saja link ini. Kami jua menyediakan khidmat pemasangan untuk anda yang tinggal di kawasan sekitar Lembah Klang.


#terusmenghasut