Earn store credit when you shop at toclanasia.com with a minimum purchase of RM50 in a single receipt.

Urban Farming Korporat

Sektor korporat kini sudah mula menyedari akan kepentingan pertanian bandar. Kesibukan dengan tugasan pejabat sudah pasti membuatkan pekerja tidak berkesempatan untuk bercucuk tanam dirumah masing masing. 

Atas dasar kesedaran ini, Pharmaniaga Biomedical Sdn Bhd yang berpengkalan di Shah Alam telah mengambil inisiatif dengan membina urban farm di dalam kawasan pejabat mereka. Ruang khas ini telah dijadikan tempat untuk staff mereka bercucuk tanam dan beriadah.

Set Toclan TRG24 kami telah menjadi pilihan mereka untuk mencuba tanaman sayuran kaedah Hidroponik. Teknik Toclan Hidroponik amat mudah, praktikal serta rendah penyelenggaraan dimana sudah pasti menjadi faktor utama bagi sesuatu urban farm!

Pagi ini kami berpeluang bersama pekerja Pharmaniaga ini memasang set Toclan TRG24 dan mengadakan 'crash course' kepada mereka




Older post Newer post