Confirmed orders will be delivered within 7-14 working days. Delivery days can vary based on location.
icon-search
icon-search

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Urban Farming

1. PKP/MCO bakal dikenang dalam sejarah negara (18 Mar 2020 -14 Apr 2020). Nukilan ini dipahat disini agar dapat ditatapi oleh anak cucu generasi masa hadapan. Tidak pernah dalam sejarah peradaban negara kita mengalami pandemik sebegini serious sehingga mengakibatkan kematian mangsa Covid19 berjumlah 50 orang ketika artikel ini ditulis.

2. Ramai yang menghubungi kami untuk mendapatkan set Toclan NFT Hydroponics Set. Kami sempat memasarkan setakat yang ada stock di kedai. Kilang raw material tidak beroperasi sepanjang PKP dan menyebabkan kami terputus bekalan bahan mentah bagi pembuatan set hydroponics ini.

3. Pelanggan yang sedia ada dan telahpun membeli set kami sebelum ini, alhamdulillah sangat bersyukur kerana dapat bercucuk tanam dirumah. Sekurang kurangnya sayuran yang harus dibeli di kedai sebelum ini, tidak lagi perlu dibeli, semuanya ditanam sendiri menggunakan set hydroponics.

4. Permintaan terhadap set nft hidroponics terus mencurah curah masuk. Ramai yang kecewa apabila mengetahui kami kehabisan stock. Siapa yang tahu perkara ini akan berlaku (PKP). Jika kami tahu lebih awal, rasanya kami akan order bahan mentah sebanyak yang kami mampu..

5. Amalan urban farming atau pertanian bandar harus di promosi dengan lebih agresif selepas ini. Tidak kira ianya menggunakan teknik hydroponics atau apa jua teknik penanaman. PKP telah mengajar kita bahawa amalan pertanian sendiri adalah amat berfaedah dan dapat membantu sedikit sebanyak ekonomi rumahtangga kita. 

6. Sekarang Covid19, kita tidak tahu apa lagi cabaran yang bakal menanti kita dimasa hadapan. Kemungkinan kemelesetan ekonomi global juga bakal memberi kesan yang amat memeritkan kepada kita semua. Pasti ramai yang tiada pekerjaan, ramai yang diberhentikan kerja, ramai graduan yang akan menganggur...

7. Bercucuk tanamlah kita sementara masih ada masa. Jika tidak berkemampuan dengan teknik yang mahal, kita boleh menggunakan lain lain teknik yang mudah dan murah. Hanya dengan sedikit usaha dan ilmu, kita pasti berjaya..

Toklan

Putrajaya

5 Apr 2020




Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.